Powered By Blogger

Jumaat, 11 November 2016

4 Personalities

I have 4 personalities:
1. When I’m alone
2. When I’m around friends
3. When I’m around my parents
4. When I’m around someone I like"

....

I have 4 personalities:
1. When I’m alone
2. When I’m around friends
3. When I’m around my parents
4. When I’m around someone I like"

"Give Me A Break"


"I'm Not Normal"😒😏😑


Isnin, 24 Oktober 2016

RESPECT



Cinta tak kenal siapa.
Respect pasangan kita,
macam mana cara respect ni? senang je, terima kekurangan yang ada pada diri dia, macam tu la dia juga seharusnya terima kekurangann yg ada pada diri kita, jadilah diri sendiri, yg kurang kita baiki yg lebih kita rendah diri, sebab hakikat manusia tiada seorang pun yang sempurna.

Cari pasangan bukan tengok harta dan rupa ok, tapi tengok macam mana si dia jaga ibu dan bapa dia, macam mana dia respect dengan orang lain, bagaimana layanan dan penghargaan dia pada seseorang, biar miskin tak ada harta, yang penting kaya dgn budi. harta dan rupa tu takkan kemana pun kalau hati takde. seriously.
Lagi satu respect pasangan kau tu juga maksudnya, hargai. hargai susah payah dan pengorbanan dia, bila dia beri kau sesuatu dan kau pula tak mampu nak balas, sekurang-kurangnya hargai.
Jangan layan dia macam sampah, jangan pergunakan dia, ingat semula saat-saat indah mula-mula dulu, kekalkan semua tu kalau boleh sampai bila-bila.

Sekian

#NJ

☝BACA NI!!

Jenis pasangan yang bila makin lama makin kuat maki ni ada dua kategori

1. PERANGAI SEMULAJADI
-Ok, macam mana nak tahu dia ni memang jenis kuat memaki/kaki kutuk ni senang je, masa memula kau kenal kawan2 tu takkan lah kau tak perasan perangai dia kan? Kadang perbuatan dia agak kasar, suka mencarut sana sini, bercakap dgn kau pun macam sindir2, nasihat tak boleh terima, susah nak minta maaf..

2. KEADAAN
-Ok yang ni agak panjang sikit. Benda ni selalu berlaku pada pasangan yang dah lama bersama.
Biasanya masa mula-mula je sayang, semuanya manis indah belaka, suka jaga hati walau hati dia terluka tak kesah. Tapi bila makin lama bersama makin berubah. Segala kemanisan dulu dah tak ada. Pantang buat silap sikit dah maki hamun. Tak kira la dalam text ke, masa jumpa ke..

Sebenarnya 'keadaan' adalah penyebab dia begitu. Keadaan yg dimaksudkan bukan lah alam persekitaran tapi banyak juga lah penyebab nya antara nya mungkin :

1. Kau sendiri.. (Kenapa kau?) Ok, kadang kita ni selalu nampak kesalahan orang lain itu ini semua, tapi amat payah kita nak nampak kesalahan kita sendiri. Kadang kita tak sedar penyebab dia berubah kuat marah adalah sebab perubahan kita juga. Kita buat salah tapi still pertahankan kesalahan kita, kita  selalu nak menang setiap kali gaduh dan ini menyebabkan dia fed up dan berubah hati. Bila dah semakin lama bersama, dia tawar lalu dia pun akan senang meluahkan kata2 kasar pada kita. Jadi sesekali kita cuba nilai diri kita sebelum dia berubah dan betul2 berpaling dari kita. Tak sayang ke dengan hubungan yang terjalin lama tu musnah macam tu je?

2. Kerana kehadiran insan lain. Ok, yang ni memang ramai yang tahu tapi, setakat 'tahu' je la. Kadang 'tahu' tapi 'tak nampak' ia dah boleh jadi 'tuduhan'. Kalau nampak dia ada someone lain takpe juga, jangan menuduh sudah la ye. Bila pasangan kau ada someone lain, boleh jadi juga la dengan cara "maki hamun" kau adalah dia guna sebagai alasan dia nak blah. Jadi bila kau dah 'nampak' dia curang atau ada someone lain, lepaskan je diri kau tu dari dia. Kesian kat diri tu, kita pun ada perasaan juga kan?

#NJ

Rabu, 21 September 2016

"[Hati Kering"]😒😌

🎁 HATI KERING

Secara jujurnya, manusia yang selalu kata hati dia kering, hati dia tak rasa apa-apa, dialah sebenarnya hati yang paling sensitif dan cepat terasa. Mengapa dia selalu mengatakan hati dia sudah kering? Kerana dia takut untuk percaya, dilukai lagi dan yang pastinya ego. Ego untuk tunjukkan sisi lemah dia, ego untuk berikan manusia lain lihat dirinya yang sangat-sangat rapuh.

Sejujur-jujurnya, tidak salah berlagak hati kau kering kerna mungkin itu cara kau untuk berpura-pura kuat dan akhirnya jadi sebetul-betulnya kuat. Cuma, jangan terlampau ego sehingga kau tidak benarkan satu pun manusia masuk ke dunia kau. Itu bahaya. Itu menjadikan kau semakin jauh dengan dunia. Kerna tidak semua manusia yang hadir itu merosak, adakalanya manusia yang hadir itu tujuannya merawat hati yang sudah berlubang di sana sini.

Manusia tidak akan pernah berhati kering kerana kita dijadikan semuanya berhati dan berperasaan. Kerna itu walaupun kau lihat sekeras-keras lelaki bisa dilembutkan dengan semanja-manja wanita dan semerajuk-merajuk wanita bisa dipujuk seannoying-annoying lawak lelaki.

Tidak salah untuk berduka tapi ianya salah untuk terlampau berlagak kuat sehingga rasa kau sudah hebat tanpa manusia di dunia. Itu rugi dan itu mainan syaitonnnnn.

KELUARLAH KAU SYAITONNNNNNN dari badan diaaaaa.

#⃣NJ

Jumaat, 2 September 2016

"Sahabat....."

Seorang sahabat memerlukan sahabat semasa dia down, memerlukan nasihat ,menjadi pendengar setiap masalah masalah bukan mendownkan lagi sahabatnya. 

Biar aku jadi ego untuk hari ini,
sahabat.

Kerana bukan aku yang mahu ,
Yang pasti kamu yang mahu,
Kata kata kamu seolah tidak megenal aku ,
Aku yang kamu hargai,
Aku yang kamu hadirkan dalam doa,
Aku yang kamu sayang .

Tapi bukan seperti ini yang aku harapkan,
Mungkin kerana kamu dan aku tak sehaluan ,
Mungkin juga kamu dan aku tak selayaknya bergelar sahabat,
Dan aku tak selayakanya menjadi kawan.

Kerana kamu boleh buang dan ,ambil kembali seperti sampah.

Saat hati mula terluka,
Mana mungkin saat itu boleh sembuh seperti sedia kala,
Mana mungkin kamu dapat kembalikan sahabatku yang dulu,
Mana mungkin aku akan jadi orang yang sama.

Tapi kenangan 
Membuatku menjadi rindu pada mu,
Menangis untuk mu,
Moga Allah mendengar doa aku,
Moga kau sentiasa didalam, perlindunganNya.

Aku juga manusia sepertimu,
Sering leka dan lalai,
Tidak pernah terlepas daripada dosa,
Walau sedikit pun sahabat.


Moga engkau dengar ini,
Maafkan salah silap buat diri ini.

Khamis, 1 September 2016

"Not Everything"

Not everything that you want ,
You would own it .

You can't force something to be yours ,
When it's clearly not .

You can't .

Have some trust .
Never lose faith .
Hold tight to the hopes .

There's hikmah .
There is .

You just need to wait ,
For the rainbow to shine after the rain .

Rabu, 31 Ogos 2016

"Benar"..



Benar.
Sakitnya sebuah pengharapan. Terlalu meletakkan harapan yang tinggi kepada seseorang & akhirnya jawapan yang kita terima adalah penolakan. 

Benar. 
Sakitnya sebuah perpisahan. Berharap hubungan yang dijalin melangkah ke fasa seterusnya tetapi sayang apa yang dirancang adalah sebaliknya.

Benar.
Sakitnya sebuah penantian. Kita banyak membuang masa menunggu seseorang yang belum pasti menjadi milik kita dan akhirnya semuanya berakhir dengan sia sia.

Redhakan hati di setiap perpisahan & kekecewaan. Kita merancang. Allah juga merancang.

Tetapi Allah lebih tahu apa yng terbaik buat hambanya.
Terkadang apa yang kita inginkan Allah tidak makbulkan bukan kerana Allah kejam dengan hambanya, cuma Allah lebih tahu bila saat yang tepat untuk memperkenankan doamu

"Love you,Myo"


Jumaat, 26 Ogos 2016

"SABARLAH"

Sabarlah untuk hari hari yang mendatang. Meskipun penat lelah tidak pernah hilang. Meskipun tersungkur ketika diuji. Meskipun airmata terus mengalir. Meskipun hati sering dilukai. Meskipun tak siapa yang menyayangi. Meskipun tak siapa yang peduli. Meskipun kita sendiri.

Bangkitlah semula! Cakap yang baik. Buat benda baik. Lihat benda baik. Dengar benda baik. Doa perkara baik. Dengan izin Allah. Semuanya akan jadi baik.

Ingat ayat ini.
"Insan yang terpilih saja akan selalu diuji oleh Allah." 😊
Maka sabar lah. Kuat lah. Allah sentiasa ada bersama kita. Cuma jangan kita lupa pada DIA.

#NJ

Rabu, 3 Ogos 2016

😅😒😌


"You Deserve to be here"


"Repostbysomeone"...(A)




    Pengαιαмαn Teιαн Mengαjαrι Aκυ Menjαdι Leвιн Tαнυ.. 
Mαnα Kαwαn,😧
Mαnα Sαнαвατ 😌
Mαnα Pengкнιαnατ,😈
Mαnα Pecυndαng 😠
Mαnα Yαng Bαικ, ☺
Mαnα Yαng Pυrα Pυrα Bαικκ.. 😒