Powered By Blogger

Jumaat, 2 September 2016

"Sahabat....."

Seorang sahabat memerlukan sahabat semasa dia down, memerlukan nasihat ,menjadi pendengar setiap masalah masalah bukan mendownkan lagi sahabatnya. 

Biar aku jadi ego untuk hari ini,
sahabat.

Kerana bukan aku yang mahu ,
Yang pasti kamu yang mahu,
Kata kata kamu seolah tidak megenal aku ,
Aku yang kamu hargai,
Aku yang kamu hadirkan dalam doa,
Aku yang kamu sayang .

Tapi bukan seperti ini yang aku harapkan,
Mungkin kerana kamu dan aku tak sehaluan ,
Mungkin juga kamu dan aku tak selayaknya bergelar sahabat,
Dan aku tak selayakanya menjadi kawan.

Kerana kamu boleh buang dan ,ambil kembali seperti sampah.

Saat hati mula terluka,
Mana mungkin saat itu boleh sembuh seperti sedia kala,
Mana mungkin kamu dapat kembalikan sahabatku yang dulu,
Mana mungkin aku akan jadi orang yang sama.

Tapi kenangan 
Membuatku menjadi rindu pada mu,
Menangis untuk mu,
Moga Allah mendengar doa aku,
Moga kau sentiasa didalam, perlindunganNya.

Aku juga manusia sepertimu,
Sering leka dan lalai,
Tidak pernah terlepas daripada dosa,
Walau sedikit pun sahabat.


Moga engkau dengar ini,
Maafkan salah silap buat diri ini.