Isnin, 24 Oktober 2016
RESPECT
Cinta tak kenal siapa.
Respect pasangan kita,
macam mana cara respect ni? senang je, terima kekurangan yang ada pada diri dia, macam tu la dia juga seharusnya terima kekurangann yg ada pada diri kita, jadilah diri sendiri, yg kurang kita baiki yg lebih kita rendah diri, sebab hakikat manusia tiada seorang pun yang sempurna.
Cari pasangan bukan tengok harta dan rupa ok, tapi tengok macam mana si dia jaga ibu dan bapa dia, macam mana dia respect dengan orang lain, bagaimana layanan dan penghargaan dia pada seseorang, biar miskin tak ada harta, yang penting kaya dgn budi. harta dan rupa tu takkan kemana pun kalau hati takde. seriously.
Lagi satu respect pasangan kau tu juga maksudnya, hargai. hargai susah payah dan pengorbanan dia, bila dia beri kau sesuatu dan kau pula tak mampu nak balas, sekurang-kurangnya hargai.
Jangan layan dia macam sampah, jangan pergunakan dia, ingat semula saat-saat indah mula-mula dulu, kekalkan semua tu kalau boleh sampai bila-bila.
Sekian
#NJ