Powered By Blogger

Rabu, 21 September 2016

"[Hati Kering"]😒😌

🎁 HATI KERING

Secara jujurnya, manusia yang selalu kata hati dia kering, hati dia tak rasa apa-apa, dialah sebenarnya hati yang paling sensitif dan cepat terasa. Mengapa dia selalu mengatakan hati dia sudah kering? Kerana dia takut untuk percaya, dilukai lagi dan yang pastinya ego. Ego untuk tunjukkan sisi lemah dia, ego untuk berikan manusia lain lihat dirinya yang sangat-sangat rapuh.

Sejujur-jujurnya, tidak salah berlagak hati kau kering kerna mungkin itu cara kau untuk berpura-pura kuat dan akhirnya jadi sebetul-betulnya kuat. Cuma, jangan terlampau ego sehingga kau tidak benarkan satu pun manusia masuk ke dunia kau. Itu bahaya. Itu menjadikan kau semakin jauh dengan dunia. Kerna tidak semua manusia yang hadir itu merosak, adakalanya manusia yang hadir itu tujuannya merawat hati yang sudah berlubang di sana sini.

Manusia tidak akan pernah berhati kering kerana kita dijadikan semuanya berhati dan berperasaan. Kerna itu walaupun kau lihat sekeras-keras lelaki bisa dilembutkan dengan semanja-manja wanita dan semerajuk-merajuk wanita bisa dipujuk seannoying-annoying lawak lelaki.

Tidak salah untuk berduka tapi ianya salah untuk terlampau berlagak kuat sehingga rasa kau sudah hebat tanpa manusia di dunia. Itu rugi dan itu mainan syaitonnnnn.

KELUARLAH KAU SYAITONNNNNNN dari badan diaaaaa.

#⃣NJ

Jumaat, 2 September 2016

"Sahabat....."

Seorang sahabat memerlukan sahabat semasa dia down, memerlukan nasihat ,menjadi pendengar setiap masalah masalah bukan mendownkan lagi sahabatnya. 

Biar aku jadi ego untuk hari ini,
sahabat.

Kerana bukan aku yang mahu ,
Yang pasti kamu yang mahu,
Kata kata kamu seolah tidak megenal aku ,
Aku yang kamu hargai,
Aku yang kamu hadirkan dalam doa,
Aku yang kamu sayang .

Tapi bukan seperti ini yang aku harapkan,
Mungkin kerana kamu dan aku tak sehaluan ,
Mungkin juga kamu dan aku tak selayaknya bergelar sahabat,
Dan aku tak selayakanya menjadi kawan.

Kerana kamu boleh buang dan ,ambil kembali seperti sampah.

Saat hati mula terluka,
Mana mungkin saat itu boleh sembuh seperti sedia kala,
Mana mungkin kamu dapat kembalikan sahabatku yang dulu,
Mana mungkin aku akan jadi orang yang sama.

Tapi kenangan 
Membuatku menjadi rindu pada mu,
Menangis untuk mu,
Moga Allah mendengar doa aku,
Moga kau sentiasa didalam, perlindunganNya.

Aku juga manusia sepertimu,
Sering leka dan lalai,
Tidak pernah terlepas daripada dosa,
Walau sedikit pun sahabat.


Moga engkau dengar ini,
Maafkan salah silap buat diri ini.

Khamis, 1 September 2016

"Not Everything"

Not everything that you want ,
You would own it .

You can't force something to be yours ,
When it's clearly not .

You can't .

Have some trust .
Never lose faith .
Hold tight to the hopes .

There's hikmah .
There is .

You just need to wait ,
For the rainbow to shine after the rain .